Tokoh Hadith: Suffyan Ibn Uyyainah

Pendahuluan
Belajar mengenali tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam bidang hadÊth memberi banyak manafaat kepada mereka yang baru berjinak untuk mendalami ‘ilmu-‘ilmu hadÊth. Antaranya kita dapat mengenal pasti kewibawaan seorang tokoh tersebut adakah beliau benar-benar mendalami bidang tersebut. Kita juga dapat mengetahui pandangan –pandangan tauthÊq atau tajrÊh yang dikemukakan oleh ‘ulama nuqÉd kepada beliau seperti Yahya bin MuÊn ,Muhamad Yahya al-Zuhli , Abu Hatim al-Razi dan lain-lain. Lantaran itu terdapat ‘ulama yang banyak meriwayatkan hadith dan Élim dalam bidang tertentu tetapi dilebalkan sebagai tidak thiqah atau sebagainya oleh ahli nuqÉd seperti al-A’mash ,al-Thauri dan Ibn ‘Uyainah yang terkenal dengan tadlis. Di samping itu juga, kita dapat menerokai pengembaraan tokoh –tokoh dalam mendalami ilmu hadith dan hasilnya sedikit sebanyak memberikan kita semangat dan inspirasi dalam mengikuti jejak langkah mereka. Kekerapan mereka memasuki kota yang menjadi tempat rujukan dalam ilmu hadith mengambarkan kesungguhan mereka dalam mengambil hadith-hadith nabawi. Imam Bukhari sebagai contoh dilaporkan telah memasuki Basrah lebih dari tiga kali, al-Jazirah sebanyak dua kali dan juga ke SyÉm dan Mesir. . Begitu juga dengan Ibn Uyainah yang terkenal di kalangan ulama hadith sebagai perawi hadith. Belaiu adalah salah seorang perawi di dalam sahih Imam Bukhari. Artikel ini akan membincangkan sahsiah dan peranannya dalam periwayatan hadith.


Sufyan bin ‘Uyainah: Tokoh Hadith
Biodata
Beliau ialah Ibn ‘Ali ‘Imran Maimun, saudara kepada al-Dhahak, Ibn Muzaham merupakan Sheik al-Islam dan al-Hafiz pada masa itu. Beliau dilahirkan pada tahun 107h iaitu awal kurun kedua hijrah dan meninggal dunia pada tahun 198 hijrah. Beliau berasal dari Kuffah. Ayahnya seorang pekerja yang berkerja dengan Khalid bin ‘Abd Allah al-Qasri. Kemudian ayahnya berpindah ke Mekah dengan alasan mengikut Khalid yang dihalau keluar dari Iraq. Maka Ibn Uyyainah mengikut ayah ke Mekah. Di sana beliau banyak mendapat pendedahan daripada ulamal-ulama hadith . Lantaran itu kebanyakkan hadith yang diambilnya adalah dari aliran Ibn ‘Abbas . Beliau juga mempunyai saudara-saudara yang hebat dalam bidang hadith seperti ‘Imran bin ‘Uyyainah, Ibrahim bin ‘Uyyainah, Adam bin ‘Uyyainah dan Muhammad bin ‘Uyyainah. Mereka ini merupakan figure yang penting dalam periwayatan hadith.
.


Kecintaan beliau dalam ilmu Hadith.
Di usia muda lagi, SufyÉn mula menceburi dalam mencari ilmu hadith. Beliau terlebih dahulu mendengar dan meriwayatkan hadit-hadith dari ‘ulama-ulama tempatan yang tinggal bedekatan dengannya. Selepas meriwayatkan dari ‘ulama setempat, barulah beliau memulakan pengembaraan keluar ke tempat lain.
Ibn ‘Uyyainah mula mendengar ilmu hadith daripada ‘Abd al-KarÊm ketika berumur 15 tahun. Gurunya meninggal dunia pada tahun 126H.
Akibat mengikut ayahnya berpindah dari Kufah ke Mekah, beliau mula mendengar hadith-hadith dari ulama Mekah. Lantaran itulah hadith-hadith yang diriwayatkannnya adalh dari alirani ilmu Ibn Abbas dan mereka yang seperjuangannya.
Ibn ‘Uyyainah terkenal sebagai yang suka bertanya semasa dalam majlis ilmu. Walaupun ketika usianya yang masih muda, beliau tidak pernah malu bertanya sesuatu dalam sesebuah majlis ilmu walaupun ketika itu terdapat orang lain yang layak mengemukakan soalan. Lantaran itu beliau sering dipuji oleh gurunya, Abd al-KarÊm al-JazarÊ dengan katanya kepada orang ramai “Lihatlah budak ini (ghulÉm). Dia sering bertanya kepadaku tetapi kamu semua tidak mahu bertanya”. .
Beliau pernah ke Yaman sebanyak dua kali iaitu pada tahun 150H dan 152H semasa Ma’mar masih hidup manakala al-ThaurÊ pergi ke sana awal setahun darinya.
Senarai nama guru-guru Ibn ‘Uyyainah
Antara guru-guru beliau yang mashur ialah:
1- ‘Amru bin Dinar. Beliau ialah guru yang paling banyak hadith yang diriwaytakan oleh Ibn ‘Uyyainah.
2. Ziyad bin ‘Ilaqah
3. ‘Ubaidillah bin Abi Yazid
4. Ibn Syihab bin al-Zohri
5. ‘Asham bin Abi al-Najud
6. al-Aswad bin Qais
7. Abi Ishak al- Sabi’in
8. ‘Abd Allah bin Dinar
9.- Zaid bin Aslam
10. ‘Abd Malik bin ‘Umair
11. Muhammad bin al-Munkadr
12. Abi al-Zubair
13. Hussain bin ‘Abd al-Rahman
14. Salem bin Abi al-Nadr
15. Syabib bin Ghardaqah
16. ‘Abdah bin Abi Lubabah
17. ‘Ali bin Zaid bin Jud’an
18. ‘Abd Karim al-Zajri
19- Ayub al-Sakhtayani
20. al-‘Ala bin ‘Abd al-Rahman
21. Qasim al-Rijal
22. Mansor bin al-Mu’tamar
23.Mansor bin saffiyyah al-Hajabi
24. Yazid bin Abi Ziyad
25. Hisham bin ‘Urwah
26. Humaid al-ÙawÊl
27. Yahya bin Said al-AnÎarÊ
28. AbÊ Ya’fËr al-‘AbdÊ
29. Ibn ‘AjlÉn
30. Ibn AbÊ LailÉ
31. SulaimÉn al-A’mash
32. Musa bin Uqbah
33. Suhail bin AbÊ ØalÊh
33. ‘Abd Allah bin AbÊ NajÊh
34.’Abd al-Rahman bin al-QÉsim
35.Umayyah bin ØafwÉn al-JumahÊ
36. JamÊk bin AbÊ RÉshid
37. HakÊm bin Jubair
38. Saad bin IbrÉhÊm

Senarai murid-muridnya yang meriwayatkan hadith darinya
Antara muridnya ialah:
1. HamÉm bin Yahya
2. Al-Hasan bin Hay
3. Zuhair bin Mu’Éwiyyah’
4. HamÉd bin Zaid
5. IbrÉhim bin Saad
6. Abu Ishak al-FazÉri
7. Mu’tamir bin Sulaiman
8. ‘Abd Allah bin al-Mubarak
9. ‘Abd al-Rahman bin al-Mahdi
10. Yahya al-QaÏÉn
11. Al-SyÉfiÊ
12. al-HumaidÊ
13. SaÊd bin Mansur
14. Yahya bin Ma’in
15. ‘Ali bin al-MadinÊ
16. IbrahÊm bin BassÉr al-RamÉdÊ
17. Ahmad bin Hanbal
18. Abu Bakr bin Abi Syaibah
19. Muhammad bin ‘Abd Allah bin Numair
20. Ishak bin RÉhawaih
21.AbË Jaafar al-NufailÊ
22. AbË Karaib
23. Muhammad bin Muthana
24. ‘Amru bin ‘Ali al-FallÉs
25. Muhammad bin Yahya bin AbÊ ‘Umar al-‘AdanÊ
26. ‘Amru bin Muhammad al-NÉqid
27. Ahmad bin Mani’
28. IshÉk bin Mansur al-Kausaj
29. Zuhair bin Harb
30. YËnus bin ‘Abd al-A’lÉ
31. Al-Hasan bin Muhammad al-Za’farÉnÊ
32. Al-Hasan bin al-ØabÉÍ al-BazzÉr
33. ‘Abd al-Rahman Basr bin al-Hakam
34. Muhammad ibn ‘Ósim al-ThaqafÊ
35. ‘AlÊ bin Harb
36. Sa’dÉn bin Nasr
37. ZakariÉ bin Yahya al-MarwazÊ
38. Bishr bin MaÏr
39. al-Zubair bin BakkÉr
40. Ahmad bin SyaibÉn
41. Muhammad bin ‘Isa bin HibbÉn al-MadÉinÊ




Antara komentar dan ulasan ulama hadith terhadap Sufyan bin ‘Uyyainah
Ibn ‘Uyainah merupakan tokoh yang disegani pada masa itu. Ulama-ulama hadith telah memberi banyak ‘kredit’ yang membina kepada beliau. Antaranya Abu Musa al-Tirmizi pernah berkata: Aku telah dengar Imam Bukhari telah berkata “ Ibn ‘Uyainah lebih hafiz daripada Hamad bin Zaid.” Pengiktirafan seperti ini yang telah dilakukan oleh Imam Besar Bukhari menunjukkan keilmuan Sufyyan adalah hebat dan tinggi pada masa itu. Pengiktirafan seperti ini telah disokong oleh ulama-ulama lain. Antaranya Abd Allah bin Wahab. Katanya “ Tidak ada seorangpun yang lebih alim (tahu) dalam bidang tafsir al-Quran melainkan Ibn ‘Uyainah. Manakala Ibn mahdi juga pernah menyuarakan bahawa Ibn ‘Uyyainah telah memiliki ilmu al-Quran dan tafsir al-Hadith yang tidak dimiliki oleh al-Thauri. Oleh kerana luasnya ilmu yang dimiliki, tidak hairanlah Imam al-Syafie telah memuji beliau dengan berkata “ Kalau tidak kerana Malik dan Sufyyan Ibn Uyyaianh, maka hilanglah ilmu orang-orang Hijjaz.”
Tambahnya lagi “ Aku telah dapati hadith-hadith yang berkaitan dengan hukum hakam, semua darinya periwayatan Ibn ‘Uyyainah kecuali enam hadith sahaja dan begitu juga dari Imam Malik kecuali tiga puluh hadith. Hal ini menunjukkan penguasaan Ibn ‘Uyyainah dalam bidang ilmu Fiqh amat luas. Malah ada ulama mengatakan ilmunya meliputi dan mengatasi orang-orang Iraq dan Hijjaz
Selain daripada pujian, beliau juga tidak terlepas dari tajrih (kecaman) yang diajukan kepadanya.Antaranya beliau terkenal di kalangan ahli hadith sebagai mudalis .walaubagaimanapun ‘ulama bersepakat bahawa tadlis Ibn ‘Uyainah tidak member mudarat atau kesan ke atas hadith yang diriwayatkannya. Hal ini kerana kebanyakkan guru-guru yang beliau tadliskan adalah thiqah . Sebagaimana kata al-Zahabi “ Sufyan terkenal dengan tadlis. Biasanya berpegang dengan hadith yang diangkat kepada al-Zuhri. Beliau telah membuang nama-nama gurunya. Kebanyakkan yang disembunyikan adalah semua thiqah.
Ibn Hibban pernah berkata kebanyakkan Mudalisun seperti Ibn Uyyainah, diri mereka sendiri adalah thiqah dan adil.Maka tidak timbul kekeliruan bahawa mereka ini meicipta hadith dan periwayatan mereka apatah lagi mereka telah menerangkan hadith-hadith yang didengarinya sendiri.Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani (w 825 h) ketika menyenaraikan Ibn ‘Uyyainah dalam senarai Tabaqah al-Mudalisin “ beliau adalah seorang muddalis tetapi orang yang ditadliskan (disembunyikan) adalah thiqah……..’
Sumbangan Ibn ‘Uyyainah dalam bidang hadith
Walaupun Ibn ‘Uyyainah terkenal dengan mudalis di kalangan hadith ( tadlisnya berlaku kepada rawi thiqah sahaja), sumbangan beliau amat besar ke atas dunia periwayatan hadith. Imam Ahmad berkata “Ibn ‘Uyyainah adalah ‘thabit’ dalam ilmu hadith. Beliau telah meriwayatkan hadith sebanyak 7 000 hadith tetapi beliau tidak membukukannya.
Ulama hadith telah menganalisa hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Uyainah seperti berikut:
a) 19 hadith terdapat dalam Musnad Ahmad
b) 18 hadith diriwayatkan oleh al-Humaidi
c) 14 hadith terdapat dalam Sahih Muslim
d) 13 hadith diriwayatkan oleh Ibn Majah
e) 14 hadith diriwayatkan oleh al-Baihaqi
f) 10 hadith terdapat dalam Sunnan Abi Daud
g) 9 hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari
h) 9 hadith diriwayatkan oleh al-Baghawi
i) 9 hadith diriwayatkan oleh Abi Syibah
j) 8 hadith diriwayatkan oleh Tarmizi
k) 7 hadith terdapat dalam Sunnan al-NasaÊ
Ada juga hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Uyainah mempunyai sanad al-‘Ali. Ini merupakan kelebihan periwayatan beliau. Bilangan hadith-hadith al-ThulÉthiyyah yang terdapat dalam kitab-kitab hadith seperti berikut:
a) Sahih Bukhari sebanyak 23 hadith
b) Sunnah al-DÉrimi sebanyak 24 hadith
c) Musnad ‘Abd bin Hamid sebanyak 51
d) Sunnan Ibn Majah sebanyak 5 hadith
e) Sunnan al-Tarmizi sebanyak 1 hadith
f) Al-Mu’jam al-Øaghir li Tabarani sebanyak 3 hadith

Penutup
Tokoh muhaddithin seperti Ibn ‘Uyyainah telah banyak memberi sumbangan terhadap dunia hadith. Hal ini kerana periwayatannya banyak tersebar dan ditulis di dalam kitab –kitab muktabar seperti kutub al-Sittah dan MuaÏaÉt. Seseorang yang ingin menerokai dunia hadith perlu mengenali bukan sahaja Ibn ‘Uyyainah tetapi ulama-ulama yang banyak memberi tumpuan dalam bidang ini.Ini kerana dapat membantunya memahami setiap perjalanan sesebuah hadith yang diwarisi dari mula hingga ke penghujungnya.














Rujukan
Al-Zahabi, Sham al-Din Muhammad bin Ahmad bin Uthman. Siar A’lam al-Nubala, Muassasah al-Risalah,
Muhammad Matr al-Zahdani. Ilm al-Rijjal Nashatuhu wa Tatawaruhu. Dar al-Khudairi 1982.
Zakaria al-Marwazi.Juzuk fÊhÊ hadith Sufyan bin ‘Uyyainah. Maktabah al-Manar 1987
Khairul AbÉdÊ,Muhammad Abu Laith. ‘Ulum al-HadÊth AÎÊluhÉ wa Ma’aÎiruhÉ Dar al-SyÉkir.Selangor

Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang saya ucapkan kepada pelawat-pelawat ke blog saya yang tak seberapa ini..... Segala maklumat yang disediakan diharapkan menjadi panduan kepada semua.
Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke myprotajdid@yahoo.com