Hadith Mutawtir dan Hadith Ahad

Pengenalan
Hadith Mutawatir dan Khabar AhÉd merupakan dua elemen penting dalam Ilmu Hadith. Ianya adalah bab yang signifikan kepada pengkaji-pengkaji hadith. Oleh sebab itu pelajar-pelajar Ilmu Hadith perlu memahami kedua-duanya dalam menerima pakai akan hadith ini.
Hadith MutÉtir ialah hadith yang diriwayat oleh sebilangan besar perawi-perawi hadith pada setiap Ïabaqah dan mustahil bagi mereka berpakat untuk berbohong kepada Nabi Muhammad SAW, manakala sanadnya pula bersambung dari pemulaan isnad hingga ke akhirnya. Ulama bersepakat bahawa Hadith MutawÉtir wajib beramal dan berhujjah dengannya .
Manakala Khabar AhÉd pula ialah hadith yang tidak menepati syarat – syarat hadith mutawÉtir . Walaupun statusnya tidak sama dengan hadith mutawatir, ulama berpendapat tidak semua khabar AhÉd teruk dan tidak boleh berhujjah dengannya tetapi sebilangan besarnya boleh digunakan dan berhujjah dengannya dengan syarat, ianya telah melalui beberapa proses seperti Jarah dan ta’dil sehingga ia boleh digunakan. Dengan melalui beberapa syarat ketat yang telah diperkenalkan oleh ulama-ulama Hadith, maka barulah hadith yang jelas kedudukan sama ada ianya hadits sahih, hasan atau maudu’ boleh digunakan. Hadith-hadith sahih dan hasan adalah hadith yang boleh dibuat hujjah manakala hadtih maudu’ adalah hadith yang ditolak perhujahannya.
Oleh itu, ungkapan yang mengatakan Hadith AhÉd tidak boleh digunakan kerana kesabitannya tidak jelas adalah tidak betul. Muhammad Nasr al-Din al-AlbÉnÊ telah menjawab penghujjahan mereka dengan panjang lebar dan penulis akan menyebutnya di halaman akan datang.

Pembahagian hadith-hadith AhÉd
Hadith-hadith AhÉd dapat dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu:
a) Hadith AhÉd dari segi jumlah bilangan rawÊ yang meriwayatkannya
b) Hadith AhÉd dari segi kekuatan ( القوة ) dan kelemahan ( الضعيف )
A) Hadith AhÉd dari segi jumlah bilangan rawi yang meriwayatkannya
Bilangan rawÊ yang meriwayat sesebuah hadith menjadi penentu kepada martabat hadith itu sendiri. Ianya terbahagi kepada tiga jenis hadith:
1) Hadith GharÊb : Hadith yang diriwayatkan oleh seorang rawi pada setiap Ïabaqah atau mana –mana Ïabaqah . Imam Tarmizi sering menggunakan di dalam kitab Jami’ dengan berkata : “ Ini adalah Hadith Gharib, kita tidak mengetahuinya kecuali dengan jalan ini atau kita tidak mengetahui melainkan dengan wajah ini.” Contohnya :
)) انما الأعمال بالنيات ..........))
Hadith ini dikatakan gharÊb kerana hadith ini telah diriwayat oleh seorang sahabat Nabi SAW sahaja kemudian diriwayatkan pula oleh sebilangan TÉbiÊ selepasnya.
2) Hadith ‘Aziz : Hadith yang diriwayatkan hanya dua orang rawÊ pada setiap Ïabaqah atau mana-mana Ïabaqah . Contohnya :
(( لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب اليه من والده والناس أجمعين ))
Hadith ini dikatakan ‘Aziz kerana ia telah diriwayatkan hanya 2 orang pada setiap Ïabaqah. Ùabaqah pertama ialah Anas dan Abu Hurairah manakala Ïabaqah kedua ialah Qatadah dan Abd al-Aziz.
3) Hadith Mashyur : Hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang rawi pada setiap Ïabaqah atau mana-mana Ïabaqah dan kemudiannya diriwayatkan oleh ramai perawi selepasnya . Contohnya :
(( قنت رسول الله شهرا بعد الركوع ويدعو علر رعل وذكوان ))
Hadith ini dikatakan mashyur kerana hadith ini diriwayatkan hanya 3 orang pada setiap tabaqah.
B) Hadith AhÉd dari segi kekuatan ( القوة ) dan kelemahan ( الضعف ).
Semua khabar AhÉd, jika dilihat dari sudut kekuatan ( القوة ) dan kelemahan, ulama telah membahagikan kepada dua; iaitu hadith yang diterima pakai ( المقبول ) dan hadith yang ditolak( المردود ).
Hadith al-Maqbul (حديث المقبول ) ialah hadith yang diterima dan boleh dibuat berhujjah dengannya. Ianya terbahagi kepada empat bahagian:
1) Sahih li ZÉtihi (صحيح لذاته) iaitu hadith yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh rawi yang ‘adil, dengan ingatan yang sempurna, dan bebas dari syaz dan ‘illah
Hadith ini wajib beramal dengannya sama ada dari segi Aqidah, Ibadah, muamalat dan sebagainya.
2) ØaÍiÍ lighairihi (صحيح لغيره ) merujuk kepada hadith yang tidak sama tarafnya dengan Sahih lizÉtihÊ. Hadith ini asalnya hadith Hasan, tetapi tarafnya telah naik kepada Øahih Lighairi kerana di sana terdapat hadith yang sama yang berlainan turuk.
3) Hasan LizÉtihÊ : (حسن لذاته) Hadith yang bersambung sanadnya, dinaqalkan dengan rawÊ yang ‘adil tetapi al-Dhabt (الضبط) nya rendah sedikit berbanding dengan al-Dhabt rawÊ hadith ÎaÍÊÍ.
4) Hasan Lighairihi : (حسن لغيره) – Hadith yang lemah tetapi lemahnya adalah sedikit. Hadith ini telah diperkuatkan dengan wujudnya turuk yang lain.
Manakala Hadith Mardud ialah hadith yang tidak jelas kebenaran periwayatannya. Di sini penulis akan menyebutkan beberapa contoh Hadith Mardud secara ringkas.
1) Hadith Mu’alaq : (حديث المعلق)- Hadith yang digugurkan(dibuang) nama seorang atau dua rawÊ dipermulaan sanad sesebuah hadith.
2) Hadith Mursal : (حديث المرسل ): Hadith yang mana rawÊnya diakhir sanad telah dibuang. Kebanyakkan ahli hadith berpendapat kebanyakan nama rawÊ yang telah dibuang adalah golongan sebelum tabÊi iaitu para sahabat Nabi SAW.
3) Hadith Mu’Ìal : ( حديث المعضل )- hadith yang mana dua nama rawÊnya telah digugurkan secara berturut-turut sama ada dipermulaan sanad, di tengah atau di akhir.
4) Hadith Munqati’ : (حديث المنقطع )- Hadith yang mana seorang atau dua nama rawÊ telah digugurkan secara TIDAK berturut –turut.
5) Hadith Mudallas : (حديث المدلس )- Merujuk kepada hadith yang telah disembunyikan nama rawÊ dalam rantaian sanad.



Syarat-syarat beramal dengan Hadith Ahad
Tidak semua Khabar AhÉd itu diterima periwayatannya. Ada sesetengahnya ditolak oleh ulama-ulama hadith. Ulama yang menerima Khabar AhÉd berpendapat apabila sudah terbukti kesahihan sesebuah hadith dari segi kecacatan sama ada dari segi matan ataupun sanad, maka ianya diterima dan digunapakai dalam perhujjahan. Tetapi jika hadith itu terbukti mempunyai masalah sama ada dari segi matan (sebagai contoh ada mujazafat) atau sanad (rawinya bermasalah), maka hadith tadi ditolak. Ulama-ulama telah meletakkan syarat yang cukup ketat dalam memelihara penerimaan periwayatan hadith AhÉad. Antaranya:
1) Syarat berkaitan dengan rawi
Rawi dalam sesebuah rantaian sanad amat penting. Kewujudan rawi ini dapat menetukan darjah (martabah) sesebuah hadith. Contohnya rawi adil dan mempunyai ketepatan dalam periwatan ( الضابط ) maka, hadith yang diriwayatkannya dapat diterima. Hadith ini dapat diterima pakai dan boleh beramal dengannya.
Oleh kerana perawi-perawi ini memainkan peranan penting dalam menentukah darajah sesebuah hadith, ahli nuqad (pengkritik) mula meletakkan syarat-syarat yang ketat dalam menerima sebarang hadith yang diriwayatkah seseorang perawi. Antaranya:
a) Islam
Ini adalah syarat utama dalam menerima sesebuah hadith. Periwayatan orang-orang kafir ditolak walaupun perawi tadi mempunyai personaliti yang seperti tidak berbohong atau sebagainya. Ini kerana wujudnya arahan Allah SWT dalam al-Quran :
(( ممن ترضون من الشهداء)
Maksudnya: (ambillah apa-apa) daripada mereka yang redha (dengan kamu) dari kalangan saksi-saksi (yang betul).
Begitu juga orang Yahudi dan Nasara yang meriwayatkan hadith yang mempunyai perwatakan yang baik tetapi periwayatan mereka juga ditolak sebagaiman Allah SAW berfirman :
(( ولن ترضى عنك اليهود والنصرى حتى تتبع ملتهم))
Maksudnya: Orang-orang Yahudi tidak akan redha dengan mu (Muhammad) sehingga kamu mengikuti jejak mereka.
b) Al-‘AdÉlah
Al-‘AdÉlah merujuk kepada kemampuan seseorang dalam berterusan dalam perkara –perkara taqwa dan baik. Ianya merangkumi pelbagai aspek. Antaranya tidak melakukan dosa-dosa besar dan berterusan dalam melakukan dosa-dosa kecil, menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan dan bertentangan dengan norma-norma dan adab –adab yang baik. Begitu juga dengan menjauhkan perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu fasik.
c) Taklif
Ulama-ulama hadith memandang serius akan taklif ini di mana hanya rawi yang dianggap memenuhi syarat taklif diterima penriwayatannya. Rawi yang gila, tida baligh dan masih kecil tidakditerima pengriwayatannya. Rawi yang meriwaytakan hadih hadith semasa belum baligh tidak diterima hadithnya melainkan dia sudah baligh. Tetapi ada segelinitir ulama berpendapat rawi yang kecil tetapi dapat membezakan antara baik dan sebaliknya, hadithnya tetap diterima.
d) Al-Dabt (الضبط)
Al-Dabt ini merujuk kepada keupayaan seseorang yang mampu menyimpan hadith sama ada melalui hafalan atau penulisannya. Kriteria ini menjadi perhatian serius dalam meletakkan hukum ke atas seseorang rawi.
Al-Dabt terbahagi kepada dua:
1- Al-Dabt fÊ al-Øudur (الضبط في الصدرو )
Al-Dabt fÊ al-ØudËr ini merujuk kepada rawi yang menyimpan hadith-hadith di dalam hafalannya dan mampu untuk mengeluarkan hadith dari ingatannya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
2- Al-Dabt fÊ al-KitÉb (الضبط في الكتاب )
Al-Dabt fÊ al-kitab merujuk kepada rawi yang menyimpan hadith-hadith dalam bentuk penulisan.
2) Syarat yang berkaitan dengan Isnad (أسناد)
Isnad ialah jalan yang bersambung –sambung hingga sampai kepada matan. Kewujudan rantai isnad penting dalam menerima sesebuah hadith. Rantaian sanad yang terputus sama ada di awal atau ditengah ,atau di akhir menyebabkan perbezaan status sesebuah hadith. Oleh itu ulama-ulama memberi penekanan terhadap syarat ini. Jenis –jenis hadith yang terbentuk dari kesan syarat ini, penulis telahpub menyebutnya dihelaian yang lalu.

Perselisihan ‘ulama hadith akan kedudukan Khabar AhÉd
Kedudukan Khabar AhÉd dalam penhujjahan menjadi topik utama perbahasan di kalangan ulama. Antara pendapat ialah:
1- Khabar AhÉd yang ‘adil ( setelah melalui proses Jarh dan Ta’dil) memberi keyakinan (تفيد العلم).
Bukan semua Khabar AhÉd itu batil dan tidak benar. Ada di antaranya sahih dan Hasan setelah dikaji dari sudut matan dan sanad. Hadith AhÉd yang menceritakan tentang 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga ketika masih hidup merupakan hadith yang sahih dan boleh beramal dengannya.
Imam Ahmad (w 241 h) berpendapat sesebuah hadith yang sudah terbukti akan kedudukkannya sama ada sahih atau tidak , sepatutnya diberi hukum kepadanya. Hadith yang ÎaÍiÍ wajib berpegang dan beramal dengannya. Manakala hadith yang tidak sahih perlu ditinggalkan dan tidak wajib berhujjah dengannya.
Sheik TaqÊ al-Din menyatakan ulama-ulama fiqh dari empat mazhab yang muktabar berpendapat,Khabar AhÉd yang sah dan diyakini benar menjadi hujjah dan wajib beramal dengannya walaupun ianya menyalahi sesebuah mazhab di mana seseorang itu berpegang. Begitu juga pendapat Ibn Hazim, Imam Malik,Ibn Ishak dalam beberapa kitabnya.
2. Khabar AhÉd yang diragui ( تفيد الظن).
Ahli-ahli usul mengatakan Khabar AhÉd adalah statusnya diragui dan tidak boleh dibuat berhujjah dan beramal dengannya walaupun menggunakan beberapa qarÊnah . Ini terdapat beberapa sebab. Antaranya:
a) Kelemahan manusia
Antara sifat kelemahan dan kedaifan manusia ialah lupa dan syahwat. Sifat-sifat ini wujud di dalam semua manusia lebih –lebih lagi kepada pendusta yang suka berdusta demi kepentingan peribadinya. ‘Ulama-ulama hadith lebih berhati-hati dalam menerima hadith dari pendusta kerana dikhuatiri mereka telah membohongi Rasulullah SAW.
b) Perselisihan ulama akan status sesebuah hadith.
Perbincangan ulama dengan panjang lebar terhadap sesebuah hadith menyebabkan beberapa ulama-ulama hadith lain menolak hadith tersebut. Ini kerana proses Jarh wa Ta’dil ke atas seseorang rawi berlaku dengan begitu teruk sehinggakan menyifatkan rawÊ tersebut sebagai dajjal, dituduh pendusta dan pelbagai gelaran lagi menyebabkan ulama terus menolak hadith ini.
Antara Hadith AhÉd dengan Aqidah Islamiah
Sesetengah ‘ulama usul menolak Hadith AhÉd dalam berkaitan dengan Aqidah kerana mereka berpendapat ianya (Hadith AhÉd) adalah Ðan (الظن) dan tidak kuat penghujjahannya. Penghujjahan ini sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali. Al-Albani telah menulis dalam bukunya ‘ Wajib Berpegang Dengan Hadith AhÉd’ menolak dakwaan tersebut dengan membawa hujjah yang jelas. Antaranya:
a) Pandangan ini bercanggah dan bertentangan dengan dalil yang wujud dalam al-Quran dan Al-Sunnah. Dalam al-Quran ada menyebut :
(( يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنباء فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين))
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya orang fasik datang kepadamu dengan satu berita, maka periksalah (akan kesahihannya)
Kalimah ( فتبينوا ) juga ditulis dalam qiraat lain dengan ( فثبتوا ) bermaksud “ maka kamu hendaklah mensabitkan” menunjukkan perintah untuk mensabitkan dengan sessuatu yang munasabah. Ertinya kita wajib mensabitkan sesuatu cerita sehingga ianya betul-betul sahih atau sebaliknya. Jadi demikian juga dengan Hadith AhÉd. Jika terbukti ianya sahih, maka kita wajib berpegang dengannya.

b) Pandangan ini bercanggah dan bertentangan dengan amalan sahabat Nabi SAW.
‘Ulama bersepakat bahawa semua sahabat Nabi SAW adalah adil. Tidak ada seorang pun di kalangan mereka dikaitkan dengan pembohongan ke atas Rasulullah SAW. Hadith berkenaan dengan niat yang dimuatkan dalam sahih Bukhari adalah yang diriwayatkan oleh Umar ibn al-Khattab adalah Khabar AhÉd. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat Nabi SAW yang lain meminta Umar al-Khattab membawa datang saksi bagi menyokong hadith ini. Mereka beranggap semua sahabat adalah adil dalam periwayatan
c) Dakwaan (hadith Ahad tidak thabit) bercanggah dengan pandangan-pandangan Imam-iman yang terdahulu yang mempunyai kitab-kitab muktabar. Imam Malik (w 179 h) penulis kitab al-Muata’, Imam Syafie dan beberapa tokoh dari mazhab Hanafi pernah memberi komentar bahawa Hadith AhÉd adalah thabit dan berautentik. Kata Ibn Ya’la : “ khabar Ahad perlu dipegang dan beramal dengannya jika sah sanadnya”. Kitab-kitab yang mutakhir muncul kebanyakkannya mendakwa dengan dakwaan yang sama iaitu kitab-kitab ini ditulis bukannya berpandukan dengan kitab-kita muktabar yang mengandungi pandangan imam-iman hadith yang pakar dalam bidang hadith tetapi hanya merujuk kepada kitab kedua ( secondary resources)
Khabar Ahad yang diterima oleh imam-iman hadith bermaksud hadith tersebut boleh digunakan. Sebagai contoh hadith AhÉd yang diterima oleh Imam Malik tidak pula dikritik oleh imam-iman yang pakar dalam ilmu fiqh . Ini bermakna mereka berpendapat untuk menerima hadith ini.
d) Kebanyakkan kandungan Hadith Ahad banyak berkait rapat dengan Aqidah.
Jika diteliti dengan betul, kebanyakkan hadith-hadith ahad banyak membicarakan tentang Aqidah seperti mana Rasulullah SAW bersabda:
(( إذا جلس أحدكم في التشهد الأخير، فليستغذ بالله م أربع، يقول : اللهم إني أعوذ بك عن عذاب القبر وعذاب جهنم ومن فتنة المحيا الممات ومن شر فتنة المسيح الدجال)) رواه الشيخان
Maksudnya : ‘’ Apabila seseorang kamu duduk dalam tashyud akhir,maka minta pertolongan dari empat perkara, Ya Allah aku berlindung denganMu dari azab kubur dan azab Jahannam dan dari fitnah orang yang hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal.) diriwayatkan oleh Bukhrai dan Muslim.
Sekali lagi dakwaan bahawa hadith ahad tidak disabit dengan Aqidah salah sama sekali, Perkara yang berkaitan dengan azab kubur, neraka, fitnah dajjal merupakan peraka yang perlu diyakini dengan Aqidah yang mantap. Ternyata hadith ini (hadith Ahad) digunapakai dalam perkara yang berkaitan dengan Aqidah.
e) Dakwaan Hadith Ahad tidak thabit menyebabkan wujudnya puak al-QuranÊ iatu golongan yang beriman dengan al-Quran sahaja. Pada mulanya mereka menolak hadith-hadith AhÉd.Bagi mereka hadith AhÉd tidak thabit tetapi lama-kelamaan dengan taksub yang menebal terhadap mazhab qurani, mereka menolak pula hadith-hadith yang mutawatir.
Secara kesimpulannya, hadith-hadith AhÉd sebenarnya mempunyai nilai yang tersendiri. Tidak semua hadith AhÉd ditolak oleh beberapa golongan tertentu dengan berhujjah ianya (hadith AhÉd) itu sendiri bertentangan dengan hadith MutawÉtir. Mungkin bagi mereka jumlah perawÊ yang ada pada rantaian sanad Hadith AhÉd tidak sama dengan bilangan perawÊ ada pada rantaian sanad hadith MutawÉtir. Namun begitu, terdapat kaedah yang tertentu yang digunakan oleh ‘ulama-ulama dalam menapis dan menilai semula hadith-hadith AhÉd. Selepas melalui proses jarh wa ta’dil dan juga tarqiah , terdapat hadith-hadith AhÉd yang menpunyai kesahihan yang jelas dan nyata, dan hadith-hadith boleh digunapakai dalam pelbagai bidang termasuk bidang Aqidah.


Penutup
Tidak semua hadith Ahad itu batil. Ada hadith yang mempunyai turuk al-ruwah ( طرق الرواة ( yang lain dan menjadi syahid antara satu sama lain, menyebabkan martabat hadith terangkat daripada martabah yang sebelumnya. Contohnya hadith munqati’. Kedudukkannya akan berubah apabila terdapat hadith yang lain menjadi syahid dan memperkuatkannya. Begitu juga hadith-hadith ahad yang lain.
Dari segi penghujjajan, hadith ahad tetap diterima pakai. Dakwaan bahawa hadith ahad tidak thabit kerana rawinya bermasalah adalah tidak benar sama sekali.kepelbagaian turuk ( طرق ) sebenarnya memberi ruang untuk hadith-hadith tersebut dinilai semula. Maka timbullah istilah “ hadith ini mempunyai isnad yang sahih” ( هذا الديث إسناده صحيح). Jika sesebuah hadith lemah dan tidak kuat dengan rangkaian isnad ini, terdapat hadith lain yang mempunyai lafaz atau makna yang sama atau lebih kurang sama,maka hadith ini dapat membantu hadith yang pertama tadi. Oleh itu, kepelbagaian turuk ( تعدد طرق الرواة) dapat memperkuatkan hadith antara satu sama lain.
Dari segi Aqidah pula, sesetengah hadith Ahad mempunyai nilai yang tersendiri dan boleh berhujjah dengannya. Ini kerana tidak semua hadith bermasalah tetapi ada sesetengahnya sangat baik dan boleh digunakan. (setelah melalui proses penilaian semula dengan mengambil kira semua kepelbagaian turuk al-ruwah ( طرق الرواة).
Umumnya dakwaan mengatakan hadith ahad tidak boleh digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan Aqiah adalah tidak benar. Pendapat itu perlu dibersihkan dari minda seseorang yang menyebabkannya terjerumus dalam kancah kesilapan pemahaman terhadap hadith-hadith Ahad.





Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang saya ucapkan kepada pelawat-pelawat ke blog saya yang tak seberapa ini..... Segala maklumat yang disediakan diharapkan menjadi panduan kepada semua.
Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke myprotajdid@yahoo.com