Friday, December 30, 2011

Hari Suai Kenal Murid Tahun 1 sesi 2011/2012

30/12/2011 (Jumaat)- SK Alma telah mengadakan Hari SuaiKenal untuk murid-murid Tahun 1. Program ini dapat memberi pendedahan awal akan suasana persekolahan baru kepada murid-murid selepas menjalani pra pembelajaran di kelas pra persekolahan sebelum ini. Program ini dimulakan dengan perhimpunan pagi melibatkan murid-murid baru dan waris masing-masing. kemudian murid-murid diiringi ke kelas masing-masing bagi membuat pembayaran beberapa item yang perlu dimiliki oleh murid-murid baru seperti fail perkembangan murid, tali leher, lencana sekolah, baju sukan dan sebagainya. Selepas membuat pembayaran, ibubapa beredar ke dewan terbuka untuk sesi taklimat oleh pihak pentadbir sekolah. taklimat ini dipengerusikan oleh GB sendiri. Program ini tamat lebih kurang pukul 11.30 pagi

Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang saya ucapkan kepada pelawat-pelawat ke blog saya yang tak seberapa ini..... Segala maklumat yang disediakan diharapkan menjadi panduan kepada semua.
Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke myprotajdid@yahoo.com