Saturday, November 23, 2019

PISF di ARENA Penang






Kenangan indah bila dapat membawa murid-murid Kelab Robotik ke pertandingan robotik antarabangsa yang berlansung di Langkawi. Apa yang lebih membanggakan pasukan robotik SKSD muncul sebagai team top 10 mengalahkan pasukan dari Korea dan Thailand..Terima kasih kepada Puan Farizah bt Ramly, selaku ketua pasukan.

Friday, November 22, 2019

Semoga Ma Sihat selalu





Alhamdulilah.... Semoga ma  dab abah sihat sentiasa. Tanpa restu ibubapa,kejayaan kita tanpa ke mana. Hargai lah doa dan harapan mereka. Amin ya Allah Amin

Tahniah kepada warga Sek Keb Sungai Dua, Butterworth

Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid Sek Keb Sungai Dua di atas kejayaan yang dilakarkan dalam UPSR. Semoga dengan usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dari Ilahi.

Saya mengharapkan agar semua murid yang memperolehi keputusan UPSR kali ini menerima dengan rasa bersyukur dan puas hati. Kejayaan hari ini bukanlah penentu kejayaan pada masa akan datang dan kegagalan ini bukankan kegagalan berpanjangan.

Semua murid telah berjaya sebenarnya. Sekiranya merujuk kepada epelaporan Pendidikan Islam, anda semua telah berjaya menunjukkan peningkatan diri dari segi sahsiah, bacaan al Quran, kemahiran menulis jawi dan sebagainya.

Pada kali ini, seramai 11 orang murid SKSD yang berjaya mendapat 6A dalam UPSR. Syabas dan tahniah kepada guru -guru yang berdedikasn dan komited.

Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang saya ucapkan kepada pelawat-pelawat ke blog saya yang tak seberapa ini..... Segala maklumat yang disediakan diharapkan menjadi panduan kepada semua.
Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke myprotajdid@yahoo.com