Wednesday, September 26, 2012



Sokongan daripada keluarga amat perlu....
bersama teman seperjuangan di USM

Sunday, February 26, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

25.02.2012- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Pada kali ini penceramah khas telah dijemput iaitu Imam Muda Asyraf.

Sunday, February 5, 2012

Lawatan Pegawai Pendidikan ke SK Alma

1 Feb 12( Rabu): Lawatan sekumpulan Pegawai Pendidikan seramai 98 orang yang terdiri daripada pengarah dan timbalan pengarah negeri ke SK Alma. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat leih dekat pelaksanaan KSSR dan PBS di sekolah ini.
Ketibaan mereka ini disambut meriah oleh warga sekolah. Sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan sekolah, mereka diiringi ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat tentang pencapaian sekolah. Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Guru Besar, SK Alma, Pn Hjh Norazman bt Shuib.
Setelah selesai mendengar taklimat, mereka dijemput untuk menikmati makan petang. Antara hidangannya ialah laksa penang dan beberapa jenis kuih-muih lain. Sambil menikmati jamuan, mereka juga 'dihidangkan' sebuah tarian tradisional yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian kesenian sekolah.
Selesai sahaja menikmati jamuan, para tetamu dijemput ke kelas-kelas tertentu untuk melihat sesi mikroteaching yang dilakukan oleh beberapa guru SK Alma. Hampir satu jam mereka berada di sesi tersebut.
Hampir jam 7petang, mereka meninggalkan perkarang sekolah menuju ke dstinasi berikutnya.

Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang saya ucapkan kepada pelawat-pelawat ke blog saya yang tak seberapa ini..... Segala maklumat yang disediakan diharapkan menjadi panduan kepada semua.
Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke myprotajdid@yahoo.com