Friday, December 30, 2011

Hari Suai Kenal Murid Tahun 1 sesi 2011/2012

30/12/2011 (Jumaat)- SK Alma telah mengadakan Hari SuaiKenal untuk murid-murid Tahun 1. Program ini dapat memberi pendedahan awal akan suasana persekolahan baru kepada murid-murid selepas menjalani pra pembelajaran di kelas pra persekolahan sebelum ini. Program ini dimulakan dengan perhimpunan pagi melibatkan murid-murid baru dan waris masing-masing. kemudian murid-murid diiringi ke kelas masing-masing bagi membuat pembayaran beberapa item yang perlu dimiliki oleh murid-murid baru seperti fail perkembangan murid, tali leher, lencana sekolah, baju sukan dan sebagainya. Selepas membuat pembayaran, ibubapa beredar ke dewan terbuka untuk sesi taklimat oleh pihak pentadbir sekolah. taklimat ini dipengerusikan oleh GB sendiri. Program ini tamat lebih kurang pukul 11.30 pagi

Monday, August 15, 2011

Ramadhan: Jalan Menuju Maghfirah Allah SWT...

Hari ini merupakan hari ke 16 berpuasa. Ini bermakna Ramadhan sudah hampri tiba ke penghujungnya...Cepat atau lambat ia akan berlalu meninggalkan kita....sedar atau tidak, ia datang membawa rahmat dan maghfirah..hanya mereka yang peka sahaja menjadi sahabat setia Ramadhan.
Ramadhan...satu bulan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT beberapa pakej yang istimewa..pahala yang dijanjikan begitu lumayan...apa sahaja bentuk ucapan atau doa yang terkeluar dari mulut kita akan diterima oleh Allah SWT (asalkan doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran al-Sunnah).Maka perbanyakkanlah doa....

Friday, March 25, 2011

Antara prasangka yang baik dan buruk

Sesiapa sahaja boleh membuat prasangka...sama ada baik atau buruk. Tetapi kebanyakkan manusia cenderong kepada prasangka yang boleh melayan hawa nafsu yang jahat... Manusia yang suka menelan keaiban saudara sendiri tanpa melihat kesan dan akibat yang akan menimpa kepala sendiri.....Rentetan dari prasangka..maka lahirlah masyarakat yang suka mengadu domba dan menabur fitnah...
Sukarnya mencari golongan yang suka mencari keaiban diri sendiri berbanding mencari keaiban orang lain..golongan yang suka kepada menutup keaiban saudara sendiri..payah dan susah...
Kini kian banyak dakwaan dan andaian yang muncul... walaupun dikalsifikasikan sebagai dakwaan, namun selalunya ia diterima sebagai betul dan benar. walaupun di pihak yang yang dituduh salah, berbuih air liurnya mengatakan dia tidak terlibat atau sebagainya..
Kita mudah menerima andaian daripada membuat siasatan terlebih dahulu...kejatuhan tamadun Islam dahulu berlakunya apabila puak kerajaan sering mengambil andaian yang dibuat oleh orang yang tidak bertanggungjawab ... dengan melulu , keputusan diambil dan menangkap orang-orang yang dianggap sebagai peberontak (bersambung....)

Friday, March 11, 2011

JUBLI EMAS SK ALMA

Tahun 2012 merupakan tahun yang bersejarah bagi SK Alma , warganya dan penduduk setempat...apa tidaknya,tahun hadapan merupakan tahun ke-100 kewujudan SK Alma di muka bumi ini amnya dan di kawasan Bukit Mertajam khasnya...Justeru ini, pelbagai aktiviti akan dirancangkan bagi menyambut program Jubli Emas ini....
Nanti kemunculaanya.....dan bagi penduduk setempat...sila ambil perhatian kepada banner dan flies yang akan ditayangkan di tempat anda....

Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang saya ucapkan kepada pelawat-pelawat ke blog saya yang tak seberapa ini..... Segala maklumat yang disediakan diharapkan menjadi panduan kepada semua.
Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke myprotajdid@yahoo.com